Mohammad Ishak


Besut: Mayat seorang daripada dua mangsa lemas di Pantai Bukit Keluang, di sini, semalam ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada 8.20 pagi tadi.

Nik Muhamad Haikal Fitri Nik Shamsuddin,13, dari Kampung Raja, ditemui terapung kira-kira 200 meter dari lokasi dilaporkan ditarik ombak ketika mandi bersama enam rakannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Kasmani Hassan berkata, kini pasukan mencari dan menyelamat giat menjalankan usaha untuk mengesan seorang lagi mangsa, Mohamad Izzat Haikal Alias,12.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang semalam, enam sahabat itu dikatakan berbasikal sebelum mandi di pantai berkenaan dan empat daripada dikatakan ditarik ombak.

Bagaimanapun, dua lagi rakan mereka, Ahmad Osama Hafiz Salleh, 15, dan Muhammad Arif Mohd Asri, 13, juga dari Kampung Raja, berjaya diselamatkan manakala Nik Muhamad Haikal Fitri dan Mohamad Izzat Haikal hilang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 January 2017 @ 1:24 PM
Mayat Nik Muhamad Haikal Fitri dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat. FOTO Mohammad Ishak
Mayat Nik Muhamad Haikal Fitri dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat. FOTO Mohammad Ishak