AHMAD
AHMAD
Nabil Basaruddin


Kuala Lumpur: UDA Holdings Berhad (UDA), syarikat pemaju hartanah tempatan mengembangkan projek pembangunan hartanahnya di Pulau Pinang menerusi segmen tanah wakaf bagi membina rumah mampu milik berharga kurang RM400,000.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Ahmad Abu Bakar berkata, pembangunan tanah wakaf itu akan dilaksanakan melalui anak syarikatnya UDA Waqf Sdn Bhd yang meninjau bank tanah yang akan dibangunkan termasuk pembinaan projek komersial.

Beliau berkata, bagi projek wakaf, kebanyakannya membabitkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di mana tanah wakaf berkenaan akan dinilai dan projek berkenaan diberikan kembali kepada Jabatan Agama Islam negeri berkaitan.

Menurutnya, syarikat mengenal pasti tanah wakaf seluas 15 hektar di Jalan Air Hitam, Pulau Pinang serta membantu memindahkan penduduk kawasan berkenaan sebelum memulakan projek hartanah kediaman dan komersial.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 January 2017 @ 7:56 AM