Bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Gopeng berhampiran Taman Changkat Golf, Gopeng. - Foto Ihsan Bomba
Bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Gopeng berhampiran Taman Changkat Golf, Gopeng. - Foto Ihsan Bomba
Muhammad Apendy Issahak


Gopeng: Dua terbunuh manakala seorang cedera dan dua lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Gopeng berhampiran Taman Changkat Golf di sini, hari ini.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Wira dengan Toyota Camry itu pada 4.17 petang,

"Berdasarkan pemeriksaan dan maklumat awal di lokasi kejadian, kemalangan itu membabitkan lima mangsa dengan dua lelaki mati di tempat kejadian dan seorang wanita cedera parah manakala dua lagi lelaki cedera ringan.

"Bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat dan menyerahkan mangsa kepada pihak ambulans," katanya di sini, hari ini.

Setakat ini, maklumat lanjut mengenai punca kemalangan serta identiti mangsa belum diperolehi.

Operasi menyelamat oleh bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan ll, S Ganesan, tamat pada 5.25 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 January 2017 @ 7:37 PM