Syah Rul Aswari Abdullah


Labuan: Enam individu sudah dipanggil memberi keterangan berhubung siasatan kes pengarah di agensi persekutuan, di sini, yang disyaki menerima rasuah bagi meluluskan projek pembinaan medan selera di pulau ini.

Sumber-sumber yang rapat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata individu terbabit adalah kakitangan kerajaan dan orang awam.

"Bagaimanapun, sehingga ini, tiada tangkapan baru dibuat SPRM berhubung kes ini," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

artikel semalam

Labuan: Pengarah sebuah agensi Kerajaan Persekutuan di Labuan bersama dua kontraktor direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes salahguna kuasa dan menerima rasuah.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Haizah Tamin di Mahkamah Majistret Labuan.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek dibawa ke mahkamah itu kira-kira jam 11 pagi.

Suspek ditahan reman mengikut Seksyen 17 (a) (A) Akta SPRM 2009.

Semalam, pengarah berusia 59 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 11.50 pagi

Manakala, kedua-dua suspek lelaki berusia 40-an yang juga kontraktor dari syarikat sama itu pula ditahan di Ibu Pejabat SPRM Cawangan Labuan kira-kira jam 6.30 petang.

SPRM turut membekukan 12 akaun bank milik pengarah dan ahli keluarganya yang mengandungi wang berjumlah kira-kira RM889,000.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 November 2016 @ 8:04 PM