Anggota Bomba dan penyelamat menemui mangsa jam 11.45 pagi tadi. FOTO Ihsan Bomba
Anggota Bomba dan penyelamat menemui mangsa jam 11.45 pagi tadi. FOTO Ihsan Bomba
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Kuantan: Lelaki warga China berusia 31 tahun yang dilaporkan hilang selepas mandi di Pantai Cherating di sini kelmarin ditemui lemas jam 11.45 pagi tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Pahang ketika dihubungi berkata, mayat Peng Xiangyu ditemui di kawasan pantai Taman Kampung Baru Gebeng di sini iaitu kira-kira 10 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Menurut jurucakap itu, mayat akan diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

Difahamkan wakil syarikat di mana mangsa bekerja turut dimaklumkan mengenai penemuan mayatnya.

Dalam kejadian jam kira-kira 5 petang itu mangsa dipercayai mandi bersama beberapa rakannya sebelum dilaporkan hilang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 January 2017 @ 12:49 PM