PENDUDUK Ladang Emas dipindahkan oleh anggota tentera dari Rajimen Askar Malayu Diraja Kem Sri Pantai, Seberang Takir. FOTO Bernama
PENDUDUK Ladang Emas dipindahkan oleh anggota tentera dari Rajimen Askar Malayu Diraja Kem Sri Pantai, Seberang Takir. FOTO Bernama
Oleh Mohd Nasif Badruddin

Kuala Terengganu: Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 7,937 orang ditempatkan di 103 pusat pemindahan hingga 7 malam ini berbanding 6,480 orang 4 petang tadi.

Menurut portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu, Hulu Terengganu mencatat daerah tertinggi mangsa banjir dengan 2,685 orang daripada 829 keluarga ditempatkan di 34 pusat pemindahan.

Besut mencatatkan 2,155 orang daripada 565 keluarga ditempatkan di 22 pusat pemindahan sementara di Setiu, seramai 1,739 orang daripada 462 keluarga ditempatkan di 16 pusat pemindahan.

Di Kemaman, seramai 775 orang daripada 231 keluarga ditempatkan di 17 pusat pemindahan manakala di Dungun seramai 583 orang daripada 173 keluarga ditempatkan di 14 pusat pemindahan.

Sementara pusat pemindahan di dua lagi daerah iaitu Kuala Terengganu ditutup semalam dan Marang ditutup kelmarin.

Beberapa jalan utama ditutup kepada kenderaan ringan iaitu Jalan Kampung Ibok dan Jalan Air Putih-Seberang Tayor di Kemaman, Jalan Jertih-Keruak di Besut serta Jalan Bukit Tadok-Kampung Matang dan Jalan Pengkalan Ajal-Kampung Menerong di Hulu Terengganu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Disember 2014 @ 8:05 PM