WAJAH baru Fashion Arena.
WAJAH baru Fashion Arena.
PERTUNJUKKAN fesyen sempena wajah baru Fashion Arena.
PERTUNJUKKAN fesyen sempena wajah baru Fashion Arena.
PERTUNJUKKAN fesyen sempena wajah baru Fashion Arena.
PERTUNJUKKAN fesyen sempena wajah baru Fashion Arena.
PERTUNJUKKAN fesyen sempena wajah baru Fashion Arena.
PERTUNJUKKAN fesyen sempena wajah baru Fashion Arena.
Yusliza Yakimir Abd Talib


Direka untuk golongan muda, Fashion Arena baru di Sogo Kuala Lumpur kini mempunyai kedua-dua jenama tempatan dan antarabangsa, dibahagikan kepada empat kategori - Athleisure, Street Smart, Style Signature dan Frills & Thrills disediakan untuk golongan hipster dan yuccies (anak muda bandar kreatif).

Street Smart - Jika gaya denim chic dan fesyen jalanan menggambarkan gaya fesyen anda, kunjungi bahagian streetwear dan bar denim. Bahagian streetwear menampilkan label fesyen jalanan tempatan seperti Pestle Mortar, IDOTshirt, Stoned & Co., dan Fabspy, kedai pelbagai jenama yang membawa label bebas dan menarik.

Jika mahukan jenama antarabangsa, Levi’s, Guess, Lee dan Ed Hardy dari bar denim juga disediakan.

Bagi mereka yang memilih Athleisure sebagai gaya hidup, tingkat itu menyediakan pakaian sukan dan aktif seperti Under Armour, Private Structure, Ogival, Arena, Fila, Adidas, Nike, Puma dan Converse. Bagi yang menggilai aksesori berteknologi dan barangan unik lain, kaunter Lightbulb dan Kaleidoscope pilihan tepat.

Bukan itu saja, jika pelanggan menggemari jam tangan mewah, beg dan kasut, pasti akan teruja dengan seksyen aksesori baru, Frills & Thrills. Bahagian jam tangan baru menampilkan jam tangan untuk semua majlis termasuklah jam digital, analog juga sukan.

Ada pepatah yang mengatakan kasut yang baik membawa anda ke tempat yang baik. Jika anda belum menjumpai kasut sempurna yang akan membawa anda merata tempat, tiba masanya singgah ke sini.

Dengan jenama seperti Toms, New Balance, Dr Martens, Palladium, Birkenstock, Butterfly Twists, Havaianas dan Sanuk, banyak pilihan yang boleh dipertimbangkan untuk dibawa pulang.

Sebagai sebahagian daripada pusat beli-belah untuk mengiktiraf dan menggalakkan bakat fesyen tempatan, lantai itu juga menampilkan koleksi fesyen inspirasi etnik oleh Tengku Kery, dan kasut dan beg oleh Christy Ng.

Kedua-dua pereka terkenal untuk gaya istimewa mereka iaitu Tengku Kery - A Tribute to Borneo menampilkan koleksi songket kurta, manakala Christy Ng, perkhidmatan perincian kasut.

Buat kali pertama, Sogo KL memperkenalkan jenama antarabangsa seperti Kenneth Cole, Lacoste dan Private Stitch untuk memenuhi permintaan pembeli yang mencari sesuatu lebih bergaya, high-street dan chic.

Sempena perasmian wajah baru Fashion Arena baru-baru ini, Sogo KL turut menampilkan 60 perwakilan Ratu Tourism International 2016 yang berada di Malaysia untuk menggalakkan pelancongan global dengan pertunjukan fesyen eksklusif menampilkan jenama yang terdapat di Fashion Arena.

Bagi meraikan wajah baru tingkat ini, KL Sogo mengadakan peraduan Instagram ‘Cun Tak?’ bermula 2 Disember 2016 sehingga 1 Mac 2017.

Untuk mengambil bahagian, peserta hanya perlu memuat naik pakaian yang dipakai hari ini di Instagram masing-masing mengikut tema bulanan yang diberikan. Hadiah bulanan terdiri daripada iPhone 7 32GB dan tiga hadiah sagu hati berupa baucar membeli-belah bernilai RM500.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Disember 2016 @ 5:01 AM