ANTARA koleksi Denim Story yang terdapat di rangkaian Camel Active.
ANTARA koleksi Denim Story yang terdapat di rangkaian Camel Active.
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib


Camel Active, label fesyen tulen untuk lelaki yang gemarkan cabaran unik gaya hidup bandar menampilkan koleksi khusus buat lelaki muda, Denim Story.

Denim sentiasa menjadi antara bahagian penting dalam pembuatan Camel Active, tetapi koleksi terbaru ini direka berdasarkan jean denim moden dan slim-fit.

Denim Story bukan saja direka untuk musim ini, tetapi ia menjadi satu koleksi yang berterusan untuk musim akan datang.

Istimewanya, ia tidak hanya berkisar tentang denim, tetapi wajah baru sepenuhnya moden fit iaitu slim-fit.

Pengarah Perniagaan Rantau Asia Tenggara Camel Active Catherine Wee berkata, koleksi terbaru jenama itu menawarkan pelbagai produk moden terdiri daripada pakaian, kasut, beg dan aksesori dengan per­sembahan wajah baru sepenuhnya dengan potongan dan fit moden yang muda, bergaya dan gaya baru, tetapi ditafsirkan dengan DNA Camel Active.

“Apa itu DNA Camel Active? Ia sesuatu yang sinonim dengan Camel Active iaitu keranggian, rupa vintaj dan bahan berstruktur.

“Untuk koleksi ini, anda akan melihat banyak perawatan dan basuhan kerana dua perkara ini mewujudkan lebih rupa vintaj pada produk ini,” katanya.

Wee berkata, beberapa kesan basuhan berbeza terdapat dalam koleksi baru ini iaitu cucian ‘heavy stone’, cucian pic, cucian enzim sementara perawatan digunakan ialah pencelup pakaian, pencelup dip, tali leher, pencelup, pencelup pigmen, pencelup indigo atau pencelup semburan dan fabrik tenun istimewa seperti French Terry.

Aspek pemodenan dalam koleksi ini dapat dilihat juga dengan penggunaan bahan seperti campuran, patchwork, blocking fabrik, blocking warna, morphing grafik, morphing warna, benang berbulu dan berberus, benang bulu bebiri optik, corak berkotak bertona dan cetakan minimum.

Untuk koleksi beg dan aksesori lain, ia lebih menumpukan pada butiran halus pada semua koleksi. Kelihatan seperti dibasuh, ton warna pada aksesori seakan-akan memberi pendekatan buat sesiapa saja yang melihatnya. Material kanvas, nilon dan kulit klasik antara yang diberikan tumpuan.

Denim Story disasarkan kepada golongan muda berusia antara 25 hingga 35 tahun yang membawa gaya hidup yang aktif dan mempunyai minat terhadap fesyen.

Semua produk Camel Active boleh didapati di lebih 50 negara seluruh dunia. Di Malaysia, produk Camel Active boleh didapati di cawangan sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Petaling Jaya, Kajang dan banyak lagi kedai serta peruncit yang mengambil bahagian.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Disember 2015 @ 3:02 AM