ANTARA warga asing yang ditahan. FOTO ihsan Imigresen
ANTARA warga asing yang ditahan. FOTO ihsan Imigresen
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Dua puluh lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dan Bangladesh ditahan dalam serbuan di 10 pusat cuci kereta di Jalan Abdullah Tahir di sini, malam tadi.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri, Masri Adul berkata, semua PATI berusia 25 hingga 46 tahun di tahan dalam Ops Ikrar (Minyak), 8.20 malam tadi.

"Dalam operasi, semua PATI ditahan membabitkan 14 lelaki warga Indonesia dan 11 lelaki warga Bangladesh.

"Mereka ditahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa dan Seksyen 6(1)(c) akta sama kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah," katanya.

Katanya, pemeriksaan tamat pada 10 malam dan semua warga asing itu ditahan di Depoh Imigresen Setia Tropika untuk siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Disember 2016 @ 3:03 PM