Mohd Fadly Samsudin


Kuala Lumpur: Adik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Dzulfikri meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Sultan Mizan, Wangsa Maju, 11.30 malam tadi.

Allahyarham Ahmad Dzulfikri, 45, meninggal dunia akibat komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang.

Berita sedih itu dimaklumkan Ahmad Zahid menerusi akaun Facebook miliknya, 12.13 tengah malam tadi.

Menurutnya, jenazah Allahyarham Ahmad Dzulfikri akan dikebumikan di Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh, Perak selepas solat Jumaat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Disember 2016 @ 12:38 AM
JENAZAH Allahyarham Ahmad Dzulfikri Hamidi dibawa keluar untuk dimandikan di Hospital Angkatan Tentera Sultan Mizan, Wangsa Maju. FOTO Ghazali Kori
JENAZAH Allahyarham Ahmad Dzulfikri Hamidi dibawa keluar untuk dimandikan di Hospital Angkatan Tentera Sultan Mizan, Wangsa Maju. FOTO Ghazali Kori