Mohd Hafizee Mohd Arop


Bagan Datoh: Jenazah adik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Dzulfikri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat di sini, 2.50 petang hari ini.

Jenazah sebelum itu disembahyangkan di Masjid Al Falah di sini, selepas Solat Jumaat diimamkan Dr Syeikh Idris Al-Makki.

Terdahulu, jenazah dibawa ke kediaman keluarganya di Kampung Sungai Nipah Darat dari Kuala Lumpur jam 11.25 pagi diiringi Ahmad Zahid dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis.

Kira-kira 500 orang termasuk sanak saudara dan kenalan hadir pada majlis pengebumian itu.

Ahmad Dzulfikri, 45, yang belum berkahwin meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Sultan Mizan, Kuala Lumpur, jam 11.30 malam tadi akibat komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang.

Ahmad Zahid dalam ucapan ringkasnya selepas solat jenazah meminta semua jemaah mendoakan kesejahteraan adik bongsunya itu.

Beliau berkata, setahunya Allahyarham tidak mempunyai sebarang hutang serta melakukan kesalahan dengan orang lain.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Disember 2016 @ 3:20 PM
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyiram air mawar di atas pusara adiknya. FOTO Muhaizan Yahya
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyiram air mawar di atas pusara adiknya. FOTO Muhaizan Yahya