PULAU Susu Dara tawar panorama dan dasar laut cukup mempesona.
PULAU Susu Dara tawar panorama dan dasar laut cukup mempesona.

Air lautnya yang jernih cukup indah. Pasir pantai yang halus pula memukau setiap pengunjung yang bertandang.

Itulah keindahan Pulau Susu Dara. Mendengar namanya mungkin asing bagi kebanyakan kita, namun ia adalah pulau popular terutama kepada pengunjung yang bercuti di Pulau Perhentian, Terengganu.

Ini kerana Pulau Susu Dara antara lokasi popular untuk aktiviti snorkeling dan selam skuba.

Terletak berhampiran Pulau Perhentian, pulau ini terdiri daripada beberapa gugusan pulau kecil iaitu Pulau Susu Dara Kecil dan Pulau Tokong.

Pulau ini tidak berpenghuni dan tidak menyediakan penginapan untuk pengunjung. Kebanyakan pengunjung hanya datang untuk melakukan aktiviti air sebelum pulang ke penginapan di pulau berhampiran.

Menariknya di sini, air lautnya cukup jernih sehingga anda mampu melihat ke dasar lautan, ikan pelbagai jenis yang bebas berenang dan terumbu karang yang berwarna-warni.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Disember 2016 @ 11:23 AM