ROSELINA sedang menyediakan tempat najis kucing. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli.
ROSELINA sedang menyediakan tempat najis kucing. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli.
Ahmad Rabiul Zulkifli


Kuala Terengganu: “Biarlah saya berlapar asalkan semua kucing peliharaan kenyang,” kata Roselina Mohamed, 53, dari Kampung Gong Gemia di sini, yang memelihara 40 ekor kucing yang sebelum ini terbiar di jalanan.

Menurutnya, dia menyayangi semua kucing yang dipeliharanya berkenaan tidak ubah seperti anak sendiri dan kerana itu berasa bertanggungjawab memastikan haiwan terbabit cukup makan selain memperoleh rawatan sewajarnya sekiranya sakit.

“Saya tak kisah dengan cakap-cakap orang sekeliling kerana sikap saya terlalu mementingkan kucing berbanding keperluan diri sendiri. Paling penting semua kucing cukup makanan dan sihat.

“Mulanya hanya seekor kucing terbiar yang dipelihara namun semakin lama ia membiak dan bertambah selain kucing terbiar lain turut menumpang teduh di rumah kerana saya sentiasa menyediakan makanan untuk kucing terbiar di luar rumah,” katanya yang mengambil upah sebagai guru agama dan al-Quran di kampung itu.

Menurutnya, dia memerlukan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan bagi memastikan keperluan kucing yang dipelihara itu dipenuhi termasuk makanan, ubat-ubatan dan pasir najis.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Disember 2016 @ 8:17 AM