Murtaza didukung oleh Messi sebelum perlawanan. FOTO AGENSI
Murtaza didukung oleh Messi sebelum perlawanan. FOTO AGENSI
Agensi

Doha: Seorang kanak kanak Afghanistan menjadi viral di Internet kerana menyarung jersi ala Lionel Messi yang diperbuat ‘beg plastik’ akhirnya dapat juga bertemu idolanya.

Murtaza Ahmadi berusia enam tahun bertemu pemain handalan Argentina itu di Qatar semalam.

Murtaza berasal dari wilayah Ghazni di kawasan perkampungan di timur Afghanistan menemani Messi berada di atas padang sebelum perlawanan persahabatan antara Barcelona dan kelab Arab Saudi Al-Ahli di Doha.

Murtaza turut menyertai sesi bergambar skuad bola sepak Barcelona. Dia sempat meletakkan bola di bulatan tengah padang sebelum berlari semula menyertai pasukan Messi.

Pengadil perlawanan hanya tersenyum melihat telatah kanak kanak terbabit.

Foto Murtaza menjadi viral Januari lalu selepas keluarganya kekurangan wang membeli jersi Argentina dimahukan menggunakan kretiviti mereka dengan ‘membuatkannya’ jersi biru putih menggunakan beg plastik dengan tertera Messi 10 di bahagian belakang.

Pada Februari lalu dia menerima pakej jersi Argentina dan Barcelona bersama sebiji bola daripada pemain lima kali pemain terbaik dunia itu selepas melihatnya tersebar di Internet. AGENSI

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Disember 2016 @ 4:05 PM