FOTO Rosli Ilham
FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham


Dungun: Dua termasuk seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung di Jalan Kampung Batu Tiong-Kampung Baru Kuala Abang, Dungun, 8.15 pagi tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Zaki Ibrahim, 23, dari Kampung Pulau Serai dan Abdullah Embong,71, berasal dari Kampung Batu Tiong.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang Mohd Zaki dari arah Kampung Batu Tiong cuba memotong sebuah kereta.

Bagaimanapun, motosikalnya dipercayai terbabas sebelum bertembung dengan motosikal ditunggang Abdullah yang datag dari arah bertentangan

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2016 @ 12:52 PM