PETUGAS hospital memeriksa jenazah Allahyarham Muhammad Yaasin Hakiki (gambar kecil). FOTO Rosli Ilham
PETUGAS hospital memeriksa jenazah Allahyarham Muhammad Yaasin Hakiki (gambar kecil). FOTO Rosli Ilham
Oleh Rosli Ilham


Dungun: Pelajar tingkatan satu maut selepas Honda EX5 yang ditungganginya bertembung dengan motosikal jenis Yamaha Lagenda di satu persimpangan di Kampung Paya, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, Muhammad Yaasin Hakiki Mohd Shafie, 13, pelajar Sekolah Menengah (SM) Seri Dungun dan tinggal di Kampung Gong Pasir di sini, meninggal dunia selepas 30 minit diberikan rawatan di Hospital Dungun akibat parah di kepala.

Kejadian dipercayai berlaku apabila Yamaha Lagenda ditunggangi Rosniza Othman, 43, memasuki simpang kanan jalan secara tiba-tiba sebelum dirempuh motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan.

Rosliza yang patah tangan kanan, dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dihantar ke Hospital Kuala Terengganu untuk rawaran lanjut.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 April 2015 @ 9:16 PM