Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob mengetuai perarakan diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron bersama kira-kira 7,000 peserta. - Foto KHAIRUNISAH LOKMAN
Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob mengetuai perarakan diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron bersama kira-kira 7,000 peserta. - Foto KHAIRUNISAH LOKMAN
Nor Shafinaz Sari


Melaka: Lebih 7,200 peserta menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri dari Stadium Hang Tuah ke Dataran Pusat Islam, Bukit Palah, di sini, hari ini.

Perarakan dilepaskan Yang di-Pertua Negeri Tun Khalil Yaakob itu disertai 117 kontinjen mewakili jabatan dan agensi kerajaan, syarikat swasta, badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pelajar.

Perarakan sejauh empat kilometer (km) itu turut disertai Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron, diiringi bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Idris berkata, sempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan itu, umat Islam dituntut bersama-sama menghayati, mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.

“Perpaduan umat Islam perkara utama yang perlu diberi perhatian agar menjadi benteng ampuh menepis agenda jahat musuh Islam,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Disember 2016 @ 5:02 PM