Oleh Siti Fatimah Hassan dan Fakhrurrazi Usuldin

Serdang: Lebih 11,000 peserta menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1437H/2015 diTaman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, hari ini.

Perarakan dilepaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan disertai 125 kontinjen mewakili jabatan dan agensi kerajaan, syarikat swasta, badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pelajar.

Perarakan kali ini menampilkan kelainan dengan penyertaan 200 motosikal berkuasa tinggi daripada Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi yang turut berselawat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2015 @ 10:33 AM
PESERTA Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan. FOTO Aizuddin Saad
PESERTA Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan. FOTO Aizuddin Saad
JAMIL mengetuai perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan. FOTO Aizuddin Saad