HANIZAN sering memberikan aiskrim percuma kepada murid sekolah. FOTO Eizairi Shamsudin
HANIZAN sering memberikan aiskrim percuma kepada murid sekolah. FOTO Eizairi Shamsudin
Aizat Sharif


Kangar: Dia bukanlah jutawan, namun itu bukan penghalang buat seorang penjual aiskrim bermotosikal melakukan amal dengan memberikan aiskrim percuma kepada jemaah masjid yang dikunjunginya setiap Jumaat.

Hanizan Idrus, 38, atau dikenali Zan Aiskrim, memberi aiskrim secara percuma itu di sekitar masjid di Kangar dan Arau setiap Jumaat kepada jemaah selepas selesai solat.

Walaupun sumbangannya itu pada pandangan masyarakat tidak sebesar mana tetapi ia amat bermakna terutama kepada jemaah masjid yang baru selesai menunaikan solat Jumaat kerana ia dapat menghilangkan rasa kepanasan terutama ketika di bawah terik mentari.

Menurut Hanizan, dia mengambil inisiatif memberikan aiskrim percuma selepas melihat ramai anak yatim piatu di sekitar kawasan Kangar akan mendapatkannya untuk membeli aiskrim tatkala mereka habis saja sesi persekolahan.

“Saya lazimnya berhenti di hadapan beberapa sekolah seperti Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Seri Indera untuk berniaga aiskrim apabila murid sekolah itu datang membeli.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Disember 2016 @ 8:26 AM