FOTO ihsan pembaca
FOTO ihsan pembaca
Aizat Sharif


Kangar: Kakak sulung kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail iaitu Tengku Putri Utama Perlis, Datuk Seri DiRaja Sharifah Salwa Putra Jamalullail mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada jam 11.15 pagi tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Ahmad Zamri Khairuddin yang memaklumkan perkara berkenaan berkata, jenazah Almarhum akan di bawa ke Masjid Tuanku Syed Putra, Kangar untuk memberi peluang kepada orang ramai menyampaikan penghormatan terakhir kepada jenazah mulai jam 4 petang ini.

"Solat jenazah akan dilakukan pada jam 4.30 petang sebelum dimakamkan di Makam DiRaja Arau selepas solat Asar nanti.

"Orang ramai yang mahu memberikan penghormatan terkahir kepada Almarhum digalakkan memakai pakaian berwarna putih seperti baju kebangsaan, jubah atau kemeja manakala songkok pula hendaklah berwarna hitam tanpa mempunyai sebarang lilitan," katanya kepada media.

Almarhum adalah anak sulung daripada enam adik beradik dan dilahirkan di 27 Februari 1942 di Klang, Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mei 2016 @ 3:31 PM