FIRDAUS Mansor, 29, mengambil rumput untuk makanan lembu peliharaanya di tali air, Jalan Tunku Anom, Kampung Pulau Pisang yang kering ekoran cuaca panas akibat fenomena El Nino. FOTO Amran Hamid
FIRDAUS Mansor, 29, mengambil rumput untuk makanan lembu peliharaanya di tali air, Jalan Tunku Anom, Kampung Pulau Pisang yang kering ekoran cuaca panas akibat fenomena El Nino. FOTO Amran Hamid
Aizat Sharif


Kangar: Berikutan musim kemarau yang melanda di negara ini, Jabatan Mufti Negeri Perlis akan menyediakan khutbah (kedua) khas yang mengandungi Doa Istisqa bagi memohon hujan pada solat Jumaat minggu ini.

Mufti Negeri, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu kenyataan media berkata, doa itu hendaklah dibaca oleh imam ketika khutbah solat Jumaat nanti.

"€œDoa ini adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah supaya diturunkan hujan di bumi Perlis bagi mengatasi kepanasan yang melampau pada ketika ini,"€ katanya.

Sementara itu, cerapan suhu oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Perlis di kawasan terpanas di Malaysia iaitu Chuping sekitar jam 1 tengah hari tadi menunjukkan peningkatan iaitu 35 darjah Celsius berbanding 34 darjah Celsius pada jam 12 tengah hari tadi.

Cuaca panas yang melampau itu turut membawa kepada penutupan sekolah selama dua hari di Perlis dan Kedah bermula pada hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mac 2016 @ 2:23 PM