IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Buruh maut ketika melakukan kerja ubahsuai atap rumah teres setingkat di Jalan Tun Sri Lanang, di sini, pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Difahamkan, mangsa berusia 42 tahun ketika itu melakukan kerja ubahsuai atap rumah dengan rakan warga Indonesia.

Dia kemudiannya rebah dan pengsan.

Sumber polis berkata, rakannya yang mendapati mangsa masih bernafas segera menghubungi talian kecemasan sebelum Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan ambulans tiba.

Ketua Polis daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adziz Shaikh Abdullah, berkata kakitangan perubatan yang memeriksa mangsa mengesahkan mangsa meninggal dunia.

Menurutnya, mayat mangsa yang juga warga Indoensia dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat.

"Sehingga ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Disember 2016 @ 4:53 PM