Darah  warga Pakistan yang cedera aklibat ditetak perompak ketika menjaga kedai karpet di Jalan Tanjung Minyak, Melaka, tengah hari tadi. - Foto MUHAMMAD HATIM AB MANAN
Darah warga Pakistan yang cedera aklibat ditetak perompak ketika menjaga kedai karpet di Jalan Tanjung Minyak, Melaka, tengah hari tadi. - Foto MUHAMMAD HATIM AB MANAN
Oleh Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Seorang lelaki warga Pakistan cedera tapak tangan kanan dan paha kiri akibat ditetak perompak dipercayai menggunakan parang ketika menjaga kedai karpet di Jalan Tanjung Minyak, Melaka, kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Menurut sumber, Gul Hameed, 33, yang ditugaskan menjaga cawangan kedai perabot di Jalan Tanjung Minyak itu, tidak menyangka lelaki berusia 20-an menunggang motosikal jenis Honda EX5 tiba-tiba berhenti di hadapan kedainya masuk dengan membawa parang dan merompak.

Difahamkan, suspek kemudian melarikan diri ke arah Bukit Rambai bersama satu telefon bimbit manakala mangsa berjalan ke kedai menjual buah-buahan di sebelah untuk mendapatkan pertolongan.

Ketua Polis daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

"Mangsa kini stabil dan dirawat di Hospital Melaka," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2015 @ 4:58 PM