Forensik PDRM melakukan siasatan di tempat penemuan mayat di Jalan Telaga Hijau, Serdang Lama.
Forensik PDRM melakukan siasatan di tempat penemuan mayat di Jalan Telaga Hijau, Serdang Lama.
Fardy Bungga

Serdang: Mayat lelaki dalam keadaan bogel yang hampir reput dan berulat dipercayai dibunuh ditemui di dalam semak di Jalan Telaga Hijau, Serdang Lama, dekat sini, kira-kira jam 4 petang tadi.

Siasatan awal mendapati lelaki berusia 30 tahun itu dipercayai meninggal dunia sejak dua hingga tiga hari lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan di muka dan badan mangsa.

Katanya, pemeriksaan di lokasi kejadian juga turut menemui Mykad dan pakaian milik mangsa.

"Forensik PDRM ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa,"katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Disember 2016 @ 9:47 PM