ANTARA pengemis warga asing yang diselamatkan.
ANTARA pengemis warga asing yang diselamatkan.

Serdang: Hanya ‘goyang kaki’ dan kutip wang mencecah RM30,000 sebulan hasil kegiatan mengeksploitasi kanak-kanak dan orang cacat warga Kemboja yang diarah menjadi pengemis kaki lima.

Itu jumlah pendapatan lumayan diperoleh seorang lelaki tempatan melalui kegiatan haramnya itu sejak beberapa bulan lalu.

Difahamkan setiap pengemis warga Kemboja itu perlu membawa pulang sekurang-kurangnya RM100 sehari hasil kegiatan mengemis di lokasi ditetapkan sindiket berkenaan.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias yang ditemui berkata, polis sebelum ini berjaya menyelamatkan seramai 17 warga Kemboja termasuk empat kanak-kanak dan dua bayi yang dipaksa menjadi pengemis dalam dua serbuan di daerah ini pada 2 dan 3 September lalu.

Menurutnya, hasil siasatan dilakukan mendapati lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an itu adalah dalang utama sindiket dan turut mengupah tiga individu warga Kemboja untuk mengawal mangsa.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 September 2016 @ 5:25 AM