MUNGPI mati akibat kecederaan parah di kepala.
MUNGPI mati akibat kecederaan parah di kepala.

Serdang: Seorang lelaki warga Myanmar maut menjadi mangsa langgar lari kenderaan tidak diketahui dalam kejadian di Jalan Enquine di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa, Mungpi, 25, maut di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa dilanggar ketika melintas jalan.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan ditemui orang ramai dalam keadaan terbaring serta berlumuran darah sebelum disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya.

Megat berkata, pihaknya sedang mengesan kenderaan yang melanggar mangsa melalui kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Februari 2017 @ 7:53 AM