Bomba membawa naik mangsa yang terbabit dalam kemalangan. FOTO ihsan bomba
Bomba membawa naik mangsa yang terbabit dalam kemalangan. FOTO ihsan bomba
Mohd Hafizee Mohd Arop


Kuala Kangsar: Bas persiaran membawa 29 penumpang terbabit kemalangan dengan lori muatan dedak di kilometer 238.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 7.45 pagi itu, pemandu dan kelindan lori cedera manakala semua penumpang serta pemandu bas terselamat.

Difahamkan, bas berkenaan dalam perjalanan ke Pulau Pinang dari Genting Highlands dan sebaik tiba di tempat kejadian berlaku perlanggaran dengan lori membawa muatan dedak menyebabkan lori terbalik di tepi lebuhraya.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8 pagi dan sebaik tiba mendapati kesemua penumpang termasuk pemandu serta pemandu kedua bas terselamat.

Katanya, lori berkenaan terbalik ke tepi lebuhraya menyebabkan kelindan lorinya tercampak keluar dan cedera manakala pemandu turut cedera.

"Anggota membawa naik kedua-dua mangsa iaitu pemandu lori dan kelindan yang cedera sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk menerima rawatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 November 2016 @ 11:37 AM