KEADAAN masjid selepas dirempuh treler dan mangsa cedera diberi rawatan awal. FOTO ihsan Bomba
KEADAAN masjid selepas dirempuh treler dan mangsa cedera diberi rawatan awal. FOTO ihsan Bomba
Mohd Hafizee Mohd Arop


Teluk Intan: Sebuah treler terbabas sebelum merempuh Masjid Jamek Kampung Batak Rabit, Jalan Maharajalela, di sini, 4 petang tadi, mengakibatkan pemandu serta kelindan lori cedera.

Difahamkan, kejadian itu turut menyebabkan bahagian tandas dan belakang masjid berkenaan mengalami kerosakan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.01 petang sebelum anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya dilokasi kejadian mendapati treler terbabas dan merempuh masjid berkenaan mengakibatkan dua mangsa cedera iaitu pemandu serta kelindan manakala seorang lagi kelindan terselamat.

"Kesemua mangsa tidak tersepit dan anggota bomba hanya membuat rawatan awal kepada mangsa sebelum menyerahkannya kepada ambulans untuk dibawa ke hospital untuk rawatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Julai 2016 @ 8:30 PM