ABANG mangsa, Ahmad Tajol Ansar Ibrahim (baju merah) menunggu jenazah adiknya di Unit Forensik, Hospital Alor Gajah. Mangsa, Ahmad Ikhwan Izani (gambar kecil) meninggal dunia di lokasi kejadian. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber

Nor Shafinaz Sari

Alor Gajah: Adik lelaki penyunting Harian Metro maut selepas motosikal ditunggang bersama rakannya terbabit kemalangan dengan lori di Jalan Lendu di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa, Ahmad Ikhwan Izani Ibrahim, 24, yang menunggang motosikal bersama rakannya, Mohamad Arif Aiman Mohd Azlan, 18, dipercayai bergesel dengan lori muatan sawit dari arah Alor Gajah ke Lendu, sebelum hilang kawalan dan terbabas.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, A Asmadi Abdul Aziz berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, dan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah, manakala rakannya dikejarkan ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan sebelum dipindah ke Hospital Melaka.

"Pemandu lori berusia 37 tahun tidak mengalami kecederaan dan sudah membuat laporan polis mengenai kejadian terbabit.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 November 2016 @ 4:54 PM