Riyadh: Arab Saudi semalam melaksanakan satu lagi hukuman pancung - kali ini ke atas seorang lelaki yang didapati bersalah merogol kanak-kanak.

Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan berkata, Suleiman Abdullah didapati bersalah menculik seorang budak lelaki sebelum mengikatnya dan memaksa mangsa melakukan “perbuatan yang lucah.”

Hukuman terhadap Suleiman dilaksanakan di bandar Buraydah di barat laut Riyadh.

Dia pesalah terbaru dihukum bunuh di negara itu, menjadikan jumlah tertuduh - termasuk warga asing - dikenakan hukuman berkenaan tahun ini seramai 84 orang.

Hukuman mati dikenakan bagi kes rogol, bunuh, mengedar dadah, murtad dan rompakan bersenjata di Arab Saudi. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Disember 2014 @ 5:03 AM