SKUAD B-13 yang menjuarai Piala Ibercup di Portugal tahun lalu.
SKUAD B-13 yang menjuarai Piala Ibercup di Portugal tahun lalu.
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Teka-teki mengenai masa depan Pengarah Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim terjawab apabila kontraknya disambung untuk tempoh tiga tahun sehingga penghujung Oktober 2019.

Teong Kim, 53, yang pernah berkhidmat 10 tahun sebagai jurulatih di Akademi Bayern Munich bersetuju melanjutkan kontrak yang sepatutnya berakhir penghujung bulan lalu selepas bersama NFDP sejak tiga tahun lalu.

Menurut Pengarah Kanan NFDP Safirul Abu Bakar, bekas pemain kebangsaan itu bukan saja melanjutkan kontraknya malah Teong Kim juga dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari, berkuat kuasa bulan ini.

“Tanggungjawab beliau kini lebih besar kerana perlu memantau keseluruhan perjalanan NFDP di Gambang yang akan siap sepenuhnya penghujung tahun depan.

“Malah, skuad elit NFDP juga ketika ini di bawah seliaan Teong Kim dengan beliau turut menjadi jurulatih pasukan utama membabitkan pemain bawah 14 tahun.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 November 2016 @ 8:19 AM