MUHAMMAD Fadhli Mohd Rosdi (kanan) bermain bersama rakan ketika di Dewan Palembang, Kapar. FOTO Muhammad Sulaiman
MUHAMMAD Fadhli Mohd Rosdi (kanan) bermain bersama rakan ketika di Dewan Palembang, Kapar. FOTO Muhammad Sulaiman
Ayusliza Azizan


Klang: Seramai 311 mangsa membabitkan 83 keluarga berada di tiga pusat pemindahan di negeri ini hingga 9 pagi tadi.

Semua mangsa dipindahkan berikutan fenomena air pasang besar yang berlaku di persisiran pantai di negeri ini bermula Isnin lalu dan dijangka berakhir Jumaat ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, penduduk dipindahkan ke tiga pusat pemindahan di daerah Kapar dan Sabak Bernam yang dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi.

"Seramai 123 orang membabitkan 44 keluarga dipindahkan ke Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda Kapar manakala di pusat pemindahan Dewan Serbaguna Jalan Palembang Kampung Rantau Panjang Kapar mencatatkan 117 orang membabitkan 24 keluarga.

"Sementara itu di pusat pemindahan Dewan Serbaguna Sungai Air Tawar Sabak Bernam mencatatkan 71 orang daripada 15 keluarga," katanya.

FOTO Muhammad Sulaiman

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 November 2016 @ 3:20 PM