KEADAAN banjir sekitar Kampung Jirat dan Kampung Hamzah, Kuala Krai, semalam akibat hujan berterusan sejak Sabtu lalu. FOTO ihsan pembaca
KEADAAN banjir sekitar Kampung Jirat dan Kampung Hamzah, Kuala Krai, semalam akibat hujan berterusan sejak Sabtu lalu. FOTO ihsan pembaca
Siti Nor Hidayatidayu Razali


JUMLAH mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 76 orang sehingga 9 pagi, hari ini berbanding 73 orang 6 petang semalam.

Menurut Portal eBanjir Kelantan, jumlah mangsa membabitkan 24 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah iaitu Jeli dan Gua Musang.

Daerah Jeli mencatatkan jumlah mangsa 43 orang daripada 14 keluarga di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Balah dan SK Limau Kasturi 2, Gua Musang seramai 33 mangsa daripada 10 keluarga.

Manakala, empat sungai utama berada di paras amaran antaranya Sungai Sungai Galas di Dabong dengan catatan 35.21 meter (m), Sungai Lebir di Tualang (33.49m), Sungai Kelantan di Tangga Krai (24.16m) dan Jambatan Guillemard (15.32m).

Manakala Sungai Kelantan di Tambatan Diraja (3.21m) dan Sungai Golok di Rantau Panjang (7.61m) berada di paras berjaga-jaga.

Sementara itu, dua jalan ditutup kepada semua kenderaan di Gua Musang iaitu laluan di Kilometer 31 Jalan Gua Musang-Jelawang-Dabong dan jambatan Kampung Pulau Setelu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 January 2018 @ 10:56 AM