CHE Rimi bersama Norakhadah menunjukkan proses penyediaan lemang menggunakan dapur khas di rumah mereka.
CHE Rimi bersama Norakhadah menunjukkan proses penyediaan lemang menggunakan dapur khas di rumah mereka.
Nazri Abu Bakar


Melaka: Lemang mudah diperoleh pada musim perayaan namun suami isteri Che Rimi Husin, 46, dan Norakhadah Yatimin, 43, dari Taman Seri Jeram, Masjid Tanah, di sini mengusahakan penghasilan makanan tradisional itu sepanjang tahun.

Pasangan itu tidak menggunakan kayu api sebagai bahan bakar sebaliknya memasaknya menggunakan dapur khas sekali gus menjadikan proses penyediaan lemang popular dengan panggilan ‘lemang aneka’ lebih selesa tanpa asap atau bahang daripada bara api.

Penggunaan gas memasak sebagai bahan bakar membolehkan masa memasak disingkatkan dan ia membolehkan pasangan berkenaan menyediakan ratusan batang lemang aneka setiap hari.

Bagi menarik perhatian pelanggan, pasangan itu menawarkan pelbagai perisa lemang seperti durian, jagung, kicap, nangka dan kacang hitam.

Che Rimi berkata, bagi memastikan keaslian perasa lemang, dia dan isteri mengadun durian, jagung, daging, kacang hitam serta nangka bersama beras pulut sebelum dimasak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 November 2016 @ 7:12 AM