PENGGEMAR ikan boleh menikmati ikan kukus yang sedap dan enak.
PENGGEMAR ikan boleh menikmati ikan kukus yang sedap dan enak.
Siti Zarinah Sahib

Hotel Grand BlueWave Shah Alam (GBWHSA) menyajikan aneka juadah bufet menerusi lebih 250 hidangan terpilih berbeza setiap hari menampilkan cita rasa tradisional, antarabangsa, Cina dan Jepun sepanjang Ramadan kali ini.

Variasi hidangan pembuka selera disediakan barisan cef berpengalaman. Antaranya lauk kawah, paha lembu panggang, barbeku Mongolian, kambing panggang, murtabak durian, kambing masala, sotong sumbat, ayam percik pantai timur, sate goreng dan pasembur.

Antara seleksi menu lain yang disajikan ialah bubur lambuk, sup kuetiau, mi bandung, mi soto, roti John, roti canai durian dengan dalca, kambing golek dan popiah basah.

Sajian pemanis mulut turut disediakan antaranya ais kacang, cendol pulut, kek keju marble, coklat brownies, roti pisang dengan puding mentega, serawa pisang dan tapai pulut bersama minuman sejuk terdiri daripada sirap bandung, selasih, air kelapa pandan, air jagung, air kacang soya ros serta minuman panas nescafe dan teh tarik.

Promosi bufet Ramadan GBWHSA bermula dari 6 Jun hingga 5 Julai 2016 dengan pilihan makanan yang pelbagai. Sinaran Ramadan disediakan di Restoran Royale Songket terletak di aras lobi, restoran ini mengetengahkan ciri eksklusif warisan Malaysia dalam sentuhan kontemporari, inspirasi daripada fabrik tenunan mewah Songket.

Harga bermula pada kadar RM115++ untuk dewasa dan RM65++ untuk warga emas (60 tahun dan ke atas) dan kanak-kanak (4-11 tahun). Istimewa untuk pakej hujung minggu dan cuti umum bermula pada kadar RM155+ untuk seorang dewasa dengan seorang kanak-kanak.

Buat anda yang lebih sukakan suasana meriah Ramadan, Sinaran Ramadan menawarkan hidangan menu banquet dengan harga bermula RM69++, juga harga promosi untuk 1 hingga 10 Ramadan pada kadar RM90++ untuk dewasa dan RM58++ untuk warga emas (60 tahun dan ke atas) dan kanak-kanak (4-11 tahun). Selain penyediaan menu menarik, tetamu bakal diperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran secara langsung dan juga solat Maghrib berjemaah bersama imam di musolla yang dikhaskan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Jun 2016 @ 11:47 AM