ANTARA rumah setinggan yang musnah dalam kebakaran di Kampung Balembang, Pulau Bum-Bum, Semporna. FOTO ihsan Bomba
ANTARA rumah setinggan yang musnah dalam kebakaran di Kampung Balembang, Pulau Bum-Bum, Semporna. FOTO ihsan Bomba
Norasikin Daineh


Semporna: Dianggarkan 60 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Balembang, Pulau Bum-Bum, kira-kira 4 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Semporna, Fazizul Hizam Borhan berkata, pihak bomba menerima panggilan pada 4.10 pagi dan lapan anggota dikejar ke lokasi kejadian dengan menaiki bot.

"Kebakaran membabitkan rumah setinggan dan 60 rumah musnah dalam kejadian ini.

"Anggota bomba tiba pada 4.52 pagi dan mengawal kebakaran daripada terus merebak sebelum operasi ditamatkan pada 7.16 pagi," katanya ketika dihubungi, hari ini

Menurut Fazizul, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih disiasat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 November 2016 @ 10:30 AM