Din (tiga dari kiri) bersama pegawainya berkata sesuatu kepada 105 penagih dadah yang ditahan. FOTO Syamsi Suhaimi
Din (tiga dari kiri) bersama pegawainya berkata sesuatu kepada 105 penagih dadah yang ditahan. FOTO Syamsi Suhaimi
Muhamaad Razis Ismail


Kuala Krai: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun antara 105 penagih dadah yang ditahan dalam operasi serentak selama 22 jam, di sini, dan Gua Musang yang berakhir jam 8 pagi tadi.

Dalam operasi bermula pada jam 10 malam itu, polis merampas 300 pil kuda, ubat, daun dan cecair ketum dianggarkan bernilai lebih RM6,000.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, serbuan membabitkan 10 pegawai dan 62 anggota itu hasil maklumat orang ramai.

"Selepas 22 jam operasi dijalankan, kita menahan 105 orang berusia antara 16 hingga 53 tahun. Suspek berusia 16 tahun itu sudah tidak bersekolah.

"Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 30(3) Akta Racun, Seksyen 15(1)(a)," katanya dalam sidang media, di sini, tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 November 2016 @ 6:07 PM