MODEL bersama siri pencetak Canon terbaru, MG3670, MG5770 dan MG7770. FOTO Hafiz Ithnin
MODEL bersama siri pencetak Canon terbaru, MG3670, MG5770 dan MG7770. FOTO Hafiz Ithnin
Oleh Hafiz Ithnin


Port Dickson: Canon Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (Canon) memperkenalkan lapan pencetak daripada siri Pixma semua dalam satu (AIO), Pixma dakwat efisyen dan kegunaan pejabat di rumah dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Model Pixma AIO menampilkan tiga siri iaitu MG3670, MG5770 dan MG7770 yang lebih memfokuskan kepada pencetakan foto betkualiti dengan ciri warna yang menarik.

Penolong Pengarah Bahagian Sistem Produk Konsumernya, Jeffrey Kung berkata, manakala Pixma dakwat efisyen menampilkan tiga siri iaitu Pixma G100 berfungsi tunggal, G2000 pelbagai fungsi dan G3000 fungsi tanpa wayar yang menawarkan cetakan helaian tinggi dengan kos minimum.

Bagi pasaran pejabat di rumah dan PKS dua pencetakan warna pelbagai fungsi (MFP) iaitu imageClass MF621Cn tiga dalam satu dan MF628Cw empat dalam satu diperkenalkan, katanya.

"Bagi pencetak pasaran PKS pencetak warna pelbagai fungsi menawarkan cetakan warna berkualiti tinggi, meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos dan mudah untuk dioperasi.

"Selain itu, dalam model pencetak foto Pixma AIO bukan saja menawarkan kualiti gambar cerah serta boleh dihubungkan tanpa wayar dengan peranti lain malah didatangkan dengan warna hitam, merah dan emas," katanya pada taklimat media pengenalan tiga model pencetak itu di sini, hari ini.

Kesemua model di dalam siri berkenaan boleh didapati di pasaran bermula hujung November ini dengan tawaran harga antara RM350 hingga RM1,840 seunit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 November 2015 @ 7:12 PM