SKUAD negara akan beraksi pada  jam 3 petang di Yangon. FOTO Osman Adnan
SKUAD negara akan beraksi pada jam 3 petang di Yangon. FOTO Osman Adnan
Aziman Rosdi


Petaling Jaya: Pengendali Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee tidak bimbang dengan risiko kecederaan dan keletihan dialami pemain apabila menerapkan program latihan lebih padat menjelang kempen Piala AFF di Yangon, Myanmar bermula 20 November ini.

Sejak kelmarin, 26 pemain skuad kebangsaan kecuali Mohamad Nasir Basharudin yang mengalami kecederaan, menjalani latihan sebelah pagi dan petang bagi persiapan mantap termasuk menyesuaikan diri dengan waktu perlawanan jam 3 petang di Yangon nanti.

Menurut Kim Swee, beliau sudah merangka latihan terbaik untuk anak buahnya dan percaya ia akan membantu untuk mengharungi perlawanan AFF khususnya dua perlawanan awal Kemboja pada 20 November dan Vietnam (23 November) dalam aksi cuaca panas.

“Pemain menunjukkan sikap positif meskipun terpaksa bangun awal pagi sebelum menjalani latihan sekali lagi bermula jam 3 petang. Di situ kita lihat pemain tidak tunjuk sebarang masalah, saya nampak tanda-tanda positif dan percaya mereka tahu kami akan lalui situasi sama di Yangon nanti.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 November 2016 @ 8:06 AM