PERKONGSIAN pengalaman dan ilmu bersama Alumni MSU College diharap berjaya menjadi sumber inspirasi kepada pelajar untuk mencipta kejayaan.
PERKONGSIAN pengalaman dan ilmu bersama Alumni MSU College diharap berjaya menjadi sumber inspirasi kepada pelajar untuk mencipta kejayaan.

MSU College Shah Alam menerusi Unit Pembangunan Pelajar (UPP) menganjurkan program bual bicara ‘Share Your Experience-A Story of Successful, baru - baru ini.

Program bual bicara berkenaan menjemput tiga alumni iaitu Dr Grace Vani Thiyagarajan, Muhammad Hafizuddin Musa dan Chef Muhd Firdausy Mohd Jaafar untuk berkongsi pengalaman dan kejayaan diraih sepanjang pengajian hingga berjaya dalam karier masing - masing.

Dr Grace yang kini berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pernah menuntut dalam Diploma Teknologi Makmal Perubatan dan kemudian menyambung pengajian ke peringkat Bachelor in Medical Science di Management& Science University(MSU) dan seterusnya menamatkan pengajian dalam Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery (MBBS) juga di MSU.

Hafizuddin pula lulusan Diploma Rekaan Grafik merupakan pengasas dan pengarah urusan di syarikat miliknya iaitu PINOPANDA dan Studio PINOGRAPHY di Seksyen 7, Shah Alam.

Sementara Chef Firdausy lulusan Diploma Seni Kulinari yang kini bertugas di Hotel Concorde Shah Alam dan baru-baru ini memenangi tempat ketiga di dalam pertandingan masakan ‘Hero Oven’ terbitan TV3.

Menurut Dr Grace program sebegini sangat bermanfaat kerana perkongsian pengalaman dan ilmu boleh menjadi motivasi kepada pelajar untuk mengejar cita-cita.

“Fokus sepanjang pengajian menjadi faktor utama kami mampu bersaing dan berjaya selain minat dan dorongan daripada pensyarah serta ibu bapa,”katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 November 2016 @ 10:27 AM