Hazsyah Abdul Rahman


Kinabatangan: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sedang menyiasat kejadian rompak ke atas bot nelayan di perairan Kinabatangan, di sini, hari ini.

Komander ESSCOM, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata pihaknya ada menerima laporan mengenai kejadian itu namun siasatan masih dijalankan.

"Kita hanya menerima maklumat awal dan pemeriksaan kejadian sebenar masih dijalankan.

"Kita juga masih menunggu laporan secara rasmi," katanya ketika dihubungi.

Pada 31 Oktober lalu, sebuah bot tunda hampir dirompak sekumpulan enam lelaki lengkap bersenjata di perairan Muming, Sandakan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2016 @ 4:23 PM