RINGKAS namun kelihatan menawan menerusi jahitan fabrik berbeza pada lengan baju.
RINGKAS namun kelihatan menawan menerusi jahitan fabrik berbeza pada lengan baju.
KURUNG moden dengan warna berbeza pada tangan memberikan nafas segar pada rekaan itu sendiri.
KURUNG moden dengan warna berbeza pada tangan memberikan nafas segar pada rekaan itu sendiri.
Siti Zarinah Sahib


Masih mengekalkan konsep yang sama dan tidak mahu berlebih-lebihan dalam penggayaan, JubahSouq jenama yang tidak asing dalam fesyen Muslimah melampirkan koleksi terkini mereka dengan memberi pendekatan kepada potongan, fabrik dan warna kerana ia mampu memberikan impak berbeza kepada si pemakai.

Bagi pengasas jenama ini, Mohammad Zaki Muhammad Amin dan sahabatnya Amirudin Yatin, fesyen daripada kaca mata lelaki sememangnya berbeza.

“Kami mahu melihat wanita cantik, memakai pakaian sopan dan menutup aurat namun masih mengekalkan ciri feminin serta ringkas. Apa yang kami mahukan, pakaian ini bukan saja dipakai untuk acara kasual malah ke pejabat dan majlis keraian,” katanya.

Jelas Zaki, dia cuba mencari kelainan dalam setiap rekaan jubah serta baju kurung yang dihasilkannya. Untuk jubah, Zaki mengekalkan ton warna berbeza kerana di situlah letaknya perbezaan berbanding jenama lain.

“Jubah Aryana misalnya mendapat maklum balas positif pelanggan. Ramai menyukainya disebabkan penggunaan fabrik polos dengan sedikit gabungan warna berbeza pada bahagian tertentu.

“Begitu juga baju kurung moden yang masih mengekalkan nilai tradisi dengan memilih potongan kurung namun dimodenkan dengan kain berpotongan skirt panel A,” katanya.

JubahSouq juga tidak mengenakan sebarang penggunaan manik, sekuin atau batu permata sebaliknya menggabungkan kulit dan renda sebagai asas perhiasan agar busana tetap kekal terutama kepada golongan yang meminatinya.

Menggunakan media sosial Facebook dan Instagram sebagai medium pemasaran, Zack percaya keyakinan pelanggan bukan saja disebabkan kualiti serta keselesaan tetapi keunikan yang tersendiri.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari http://www.jubahsouq.com/ atau Instagram jubahsouq. Juga boleh didapati di butik di bangunan Busana Shah Alam, Kuantan dan Bandar Baru Bangi. Selain itu jenama ini juga boleh didapati di Modvier Bangsar dan Butik Maleeqa di Kuantan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2016 @ 5:02 AM