MADZIM Johan. FOTO arkib NSTP
MADZIM Johan. FOTO arkib NSTP
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Orang ramai berpeluang mendengar penjelasan isu semasa mengenai kepenggunaan dalam Forum Pengguna Keenam, 12 November depan.

Dianjurkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Menara Felda, Platinum Park, ia akan menghimpunkan panel yang mempunyai kaitan langsung dengan isu pengguna sekali gus memberi kesedaran mengenai hak dan tanggungjawab bersama.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, antara tajuk yang akan dibincang termasukah kemiskinan dan pelbagai jenis penipuan membabitkan pengguna kebelakangan ini.

"Kita bermula pada 8.30 pagi hingga 5.30 petang yang akan dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin.

"Antara tokoh yang akan bersama dalam forum nanti termasuklah Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan, Datuk Zainal Abidin Sakom dan ahli perniagaan yang juga Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia Tan Sri Muhammad Ali Hashim. Penyertaan adalah percuma," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 November 2016 @ 4:05 PM