Yusuf berharap golongan muda akan sertai Forum Pengguna, Sabtu ini. FOTO Yusmizal Dolah Aling
Yusuf berharap golongan muda akan sertai Forum Pengguna, Sabtu ini. FOTO Yusmizal Dolah Aling
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Sertai Forum Pengguna dan adukan segala masalah. Gesaan itu dibuat Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) kepada golongan belia sebagai inisiatif mendapatkan penjelasan isu berbangkit.

Ketua Sekretariatnya, Yusuf Azmi berkata, platform forum tahunan itu paling sesuai untuk mereka mendengar sendiri jawapan daripada agensi berwajib serta tokoh terkemuka yang menjadi panel, selain meluahkan apa juga masalah anak muda hari ini.

Katanya, AMIM turut bekerjasama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebagai penganjur, mengharapkan pembabitan golongan muda kali ini untuk mengetengahkan isu semasa seperti kos sara hidup, ekonomi, perniagaan dan sosial.

"Kita terima banyak aduan mengenai isu golongan muda. Jadi saya harap, mereka datang beramai-ramai ke Menara Felda, Platinum Park, Sabtu ini, untuk sesi soal jawab yang memberi manfaat kepada semua," katanya di sini, tadi.

Forum percuma kali keenam itu memberi tumpuan kepada isu kemiskinan dan penipuan dengan penampilan tokoh seperti Datuk Zainal Abidin Sakom dan Tan Sri Muhammad Ali Hashim untuk mengupas masalah dikemukakan peserta. Maklumat lanjut boleh layari www.ppim.org.my

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 November 2016 @ 11:01 AM