Anggota APM dan pekerja pos menunjukkan ular sawa yang ditangkap. FOTO Mohammad Ishak
Anggota APM dan pekerja pos menunjukkan ular sawa yang ditangkap. FOTO Mohammad Ishak
Mohammad Ishak


Jerteh: Ular sawa sepanjang lima meter ditemui dalam longkang berhampiran pintu masuk Cawangan Serahan Pos Malaysia, di sini, kira-kira 12 tengah hari tadi.

Kehadiran reptilia berkenaan disedari wanita berusia 43 tahun yang juga pekerja pembersihan pejabat pos terbabit.

Wanita berkenaan kemudiaannya memaklumkannya kepada pekerja pos sebelum menghubungi anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Tiga anggota APM yang tiba di lokasi kemudiannya mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum berjaya menangkap ular sawa terbabit.

Jurucakap APM itu kemudiannya memaklumkan akan menyerahkan reptilia berkenaan kepada pihak berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Oktober 2016 @ 4:05 PM