Siti Zarinah Sahib

Semangkuk potongan buah-buahan, secawan susu, lobak merah, bayam dan bubur ayam? Berapa ramai ibu yang dapat menyediakan hidangan sebegini untuk si kecil?

Jika ada, mereka pasti berbangga kerana dapat menyediakan hidangan berkhasiat untuk anak. Makanan berkhasiat memberikan kesihatan yang baik, tetapi ada sesuatu yang lebih penting iaitu penghadaman.

Tanpa sistem penghadaman yang baik, nutrien yang diambil mungkin sia-sia. Ini kerana pencernaan bermula di dalam mulut iaitu persinggahan pertama saluran penghadaman sebaik saja gigitan pertama berlaku. Mengunyah dan air liur berfungsi memecahkan makanan kepada bentuk yang boleh digunakan oleh badan.

Makanan dikunyah seterusnya melalui tiub esofagus dan perut iaitu tempat semua makanan bercampur dan dikisar menjadi cecair atau pes. Makanan ini bergerak ke usus kecil bagi penyerapan nutrien dalam badan, kemudian ke usus besar dan bertukar menjadi najis.

Untuk itu, mengambil makanan berkhasiat semata-mata bukan faktor penting untuk kesihatan. Ia memerlukan kerjasama pelbagai organ untuk menukar makanan menjadi nutrien yang boleh diserap untuk tumbesaran menyeluruh.

Semua ibu pastinya mahukan pertumbuhan sihat sebanding usia anak mereka. Namun, ketahanan badan untuk melawan selesema dan gangguan kesihatan bergantung kepada sistem penghadaman yang baik.

Memandangkan ibu bapa tidak dapat melihat saluran penghadaman anak mereka, terdapat tanda menunjukkan tahap fungsi sistem penghadaman anak-anak. Kanak-kanak yang mempunyai fungsi pencernaan yang baik mempunyai selera makan yang baik.

Mereka mempunyai tabiat makan dan minum yang baik serta menunjukkan pencapaian fizikal dan psikologi mengikut usia. Tiada tanda ketidakcernaan, cirit-birit, muntah, sembelit, kembung perut atau cerewet dengan makanan.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah penghadaman pula mudah berasa jengkel dan hilang minat bermain. Mereka juga kurang makan yang boleh menyebabkan pemakanan tidak seimbang atau menangis sepanjang hari kerana ketidakselesaan perut seterusnya berpotensi menggangu pembelajaran dan interaksi sosial.

locnutri memelihara nutrien. penghadaman lebih mudah

FrisoGold menghasilkan teknologi LocNutri bagi memelihara nutrien hampir mengikut bentuk asalnya, supaya ia boleh dihadam dengan mudah. Kebanyakan makanan biasanya diproses dengan haba yang tinggi.

Proses ini merosakkan atau memusnahkan struktur semula jadi nutrien. Nutrien yang rosak tidak mudah diserap oleh badan dan juga boleh menjadi punca masalah pencernaan dan masalah perut yang lain.

Teknologi LocNutriT memproses rumusan dengan rawatan haba sederhana. Ini bermakna stuktur nutrien akan terpelihara. Nutrien ini lebih mudah diserap dan akan memainkan peranan penting dalam perkembangan menyeluruh kanak-kanak termasuk pembinaan otot, kulit dan tulang.

Dengan sistem penghadaman yang sihat, kanak-kanak lebih bersedia dan bersemangat untuk menikmati tahun tumbesaran bersama ibu bapa mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rumusan Friso Gold baharu yang dipertingkatkan dengan teknologi LocNutriT, sila layari www.frisogold.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Oktober 2016 @ 7:23 AM