Suliati Asri

MUNGKIN ramai yang tidak tahu sistem penghadaman yang sihat adalah asas kepada tubuh yang sihat.

Ia juga di gelar ‘otak kedua’ manusia oleh segelintir pakar perubatan kerana kesihatan usus berkait rapat dengan sistem penghadaman, pencernaan, imun, endokrin, peredaran dan sistem saraf pusat.

Jika terganggu, ia boleh menjejaskan kesihatan sama ada mental dan fizikal.

Justeru, amalan pemakanan tidak seimbang boleh menjadi antara faktor yang membawa kepada masalah penghadaman seterusnya seseorang itu boleh mengalami penyakit termasuk sembelit, kembung atau cirit-birit.

Salah satu faktor utama yang menentukan kesihatan sistem penghadaman ialah kehadiran mikrobiota usus, iaitu pelbagai populasi mikro organisma yang boleh ditemui di dalam usus.

Pemeliharaan keseimbangan mikrobiota usus adalah penting untuk kesihatan usus yang optimum kerana ia juga adalah organ pertama yang berhubung dengan makanan yang kita ambil.

Ia berfungsi mengubah makanan yang kita makan kepada bentuk paling ringkas.

Komponen usus adalah kuat dan berdaya tahan, tetapi tabiat gaya hidup yang tidak sihat lazimnya memberi kesan tidak baik. Bermula dengan mengunyah sehingga membuang air besar, semua komponen sistem penghadaman bekerjasama untuk menyempurnakan tugas menghadam makanan sama ada pepejal mahupun cecair.

Semakin baik pencernaan seseorang individu itu, semakin banyak nutrien yang dapat diserap dari makanan yang dimakan setiap kali.

Sistem penghadaman juga berfungsi sebagai sebahagian daripada sistem imun badan yang membentuk sehingga 80 peratus pertahanan tubuh terhadap penyakit.

Tidak hanya menyerap nutrien, ia juga berfungsi menyingkirkan bahan buangan yang tidak diserap selain mengeluarkan ‘neurotransmiter’ seperti serotonin iaitu hormon yang mempengaruhi perasaan dan emosi.

Dengan fungsi penghadaman atau usus yang sememangnya sangat penting terhadap tubuh manusia, kesihatan usus sangat perlu diambil berat.

Justeru, prinsip asas dalam menjaga kesihatan usus cukup ringkas. Amalkan gaya hidup sihat dengan pengambilan makanan seimbang, bersenam, minum lapan gelas air sehari dan dapatkan tidur yang berkualiti.


Satu lagi adalah tabiat mengunyah makanan. Kunyah dengan sempurna sebelum menelan dan jangan makan terlalu cepat kerana boleh menyebabkan ketidakcernaan.

Pengambilan makanan tinggi serat termasuk buah, sayur, bijirin penuh dan kekacang juga membantu mengurangkan risiko buasir, penyakit divertikulum dan kanser usus.

Secara mudah, sempurnakan diet dengan mengambil sumber probiotik yang digelar bakteria ‘baik’. Ia boleh membantu proses penghadaman, meningkatkan metabolisme badan dengan mengekstrak lebih banyak tenaga daripada nutrien makanan, menghasilkan vitamin B, menyingkirkan toksin, dan membantu mengekalkan kesihatan sistem penghadaman kita.

Pengambilan probiotik sebagai makanan tambahan juga membantu dalam menjaga kesihatan sistem penghadaman kerana ia memberi faedah kesihatan yang positif apabila diambil dalam jumlah mencukupi.

Pengambilan susu kultur VITAGEN yang mengandungi berbilion kultur hidup aktif, juga dapat membantu mengembalikan keseimbangan dalam flora usus.

Terdapat dua jenis probiotik yang baik untuk kesihatan usus iaitu bakteria Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei.

VITAGEN mengandungi dua strain kultur hidup yang aktif ini yang terbukti secara klinikal baik untuk sistem penghadaman.

Gabungan dua kultur hidup yang berkuasa ini membantu meningkatkan bakteria baik dalam sistem penghadaman untuk penghadaman yang lebih sihat dan sistem imun yang lebih kuat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2019 @ 9:00 AM