RESIPI sihat dengan Friso Gold Muffin Pisang Prun.
RESIPI sihat dengan Friso Gold Muffin Pisang Prun.
HM Digital

Bagi kebanyakan ibu bapa, pemilihan snek untuk anak mereka seboleh-bolehnya dengan cara mudah dan pantas. Ini tidak menghairankan kerana kanak-kanak kerap lapar walaupun selepas makan dan masa ini juga waktu yang sibuk bagi ibu bapa sama ada bekerja atau membuat kerja rumah.

Oleh itu, ibu bapa sering bergantung kepada snek ringan yang mudah disediakan untuk menghilangkan rasa lapar anak sebelum waktu makan yang seterusnya.

Namun hidangan ini selalunya melalui proses yang bergantung kepada penggunaan banyak bahan perisa hingga nutrien semula jadi dalam makanan mungkin turut musnah.

Kanak-kanak memerlukan nutrien semula jadi bagi memastikan penghadaman sempurna yang akan menguatkan lagi badan mereka dari dalam.

Nutrien yang diserap juga menjadi blok binaan bagi sistem imun kanak-kanak dan melindungi mereka daripada jatuh sakit.

Artis, Wawa Zainal sentiasa berusaha untuk memberikan anaknya yang berusia dua tahun, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, dengan snek yang disediakannya sendiri walaupun ketika sibuk.

“Kadangkala saya teringin juga membeli biskut atau kek dari pasar raya untuk Hayla. Memang lebih mudah untuk saya.

“Tapi saya mahu memberikan yang terbaik untuk anak saya dan rela meluangkan masa menyediakan pilihan lebih sihat. Saya mementingkan kesihatan anak, ini termasuk memberikannya makanan yang diperbuat daripada bahan semula jadi,” katanya.

Bagi mengimbangi kemudahan dan nutrisi, Wawa sangat gemar menyediakan ‘smoothies.’ Snek yang kaya berkrim dengan pelbagai warna ini hidangan yang sesuai ketika siang untuk kanak-kanak.

Wawa juga suka menambah pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang berbeza supaya Hayla tidak merasa jemu.

Tambahan pula, ‘smoothies’ sangat mudah disediakan. Cuma potong pilihan ramuan yang segar dan masukkannya ke dalam mesin pengisar bersama sedikit yogurt biasa. Kaedah memproses yang sederhana menjadikan nutrien semula jadi dalam ramuan dapat dipelihara.

“Saya mahu memberikan makanan yang sesuai untuk Hayla dan pada masa sama ingin menyediakan makanan supaya nutrien semula jadi dipelihara agar tidak rosak dan boleh diserap sepenuhnya oleh anak saya.

“Sekiranya Wawa sibuk dan tidak dapat menyediakan snek, saya akan menyediakan segelas susu untuk Hayla bagi mengisi perut buat sementara. Hayla tidak pernah menolak kerana dia memang suka minum susu,” katanya.

Bagi memastikan anaknya mendapat nutrisi susu, pilihan utama Wawa adalah Friso Gold dengan teknologi LocNutri.

Teknologi LocNutri menggunakan rawatan haba yang sederhana bagi memastikan nutrien susu tidak dipanaskan secara berlebihan dan berubah ketika proses pengeluaran.

Nutrien akan dipelihara hampir dengan bentuk semula jadi supaya mudah dihadamkan dan diserap perut kanak-kanak yang masih kecil.

“Sejak memberikan susu Friso Gold kepada anak, saya dapati seleranya ketika waktu makan semakin meningkat. Kadang kala anak saya minta tambah dan dia tidak berapa memilih makanan lagi.

“Saya juga tidak lagi berhadapan dengan tangisan disebabkan sakit perut atau masalah penghadaman. Dia kini lebih ceria dan melihat kegembiraannya ketika waktu makan menjadikan hari saya lebih bermakna,” katanya.

Friso Gold kini berkongsi resipi percuma yang disyorkan pakar pemakanan melalui laman web bagi membantu ibu mengekalkan nutrien semula jadi dalam snek anak mereka.

Resipi yang dipanggil ‘Nutritorials’ diolah dengan ramuan segar seperti buah mangga, lobak merah, milet dan pisang supaya mudah untuk dihadamkan. Layari www.frisogold.com.my/locnutri untuk belajar cara membuat snek ringan yang enak ini.

Mangga Nanas Smoothie (2 hidangan)

Bahan:

- 1 mangga bersaiz sederhana, dikupas, dan dipotong

- 2 keping nanas, potong ke dalam kepingan 1-2 inci

- 1 gelas yogurt lemak rendah

Cara penyediaan:

1. Untuk mendapatkan ‘smoothies’ dengan tekstur krim yang tebal, bekukan potongan buah 1 atau 2 jam sebelum penyediaan.

2. Masukkan semua bahan dalam pengisar. Campurkan sehingga licin dan dihidangkan.

Muffin Pisang Prun (12 hidangan)

Bahan:

- Gula 50 gram

- 1/4 cawan minyak sayuran

- 2 biji telur

- 3 pisang bersaiz sederhana, dihancurkan

- 1 cawan prun, cincang

- 1 1/2 cawan tepung

- 1 sudu teh serbuk penaik

- 1/2 sudu teh penaik Soda

- Garam 1/4 sudu teh

Cara penyediaan:

1.Buka suis oven hingga 180 ∞ C dan letakkan cawan muffin dalam dulang muffin.

2. Campurkan gula, minyak dan telur dalam mangkuk besar. Campurkan sehingga licin.

3. Tambahkan pisang yang dihancurkan diikuti tepung, serbuk penaik, penaik soda dan garam, kacau dengan sempurna.

4. Akhirnya, masukkan prun dan kacau supaya ia bercampur dengan baik.

5. Masukkan campuran ke dalam cawan muffin.

6. Bakarkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan untuk kira-kira 20 minit.

-Yusliza Yakimir Abd Talib

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 April 2018 @ 12:22 PM