Nordiana (kiri) bersama Pengurus Pemasarannya, Saodah Buang  menunjukkan produk  Miss Cinderella khusus bagi mereka yang mahu memiliki kulit  cantik.
Nordiana (kiri) bersama Pengurus Pemasarannya, Saodah Buang menunjukkan produk Miss Cinderella khusus bagi mereka yang mahu memiliki kulit cantik.
Nabil Basaruddin


Kuala Lumpur: Bdazzle Beauty, pengeluar produk penjagaan wajah Miss Cinderella optimis mencapai jualan 50,000 unit produknya menjelang akhir tahun 2017, didorong permintaan semasa yang memberangsangkan.

Pengasasnya, Nordiana Zulkefli berkata, produk keluarannya itu mengambil masa penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama setahun bagi memastikan ia menepati kehendak pasaran dan sesuai untuk masyarakat Asia Tenggara.

Beliau berkata, menerusi inspirasi cerita dongeng Cinderella iaitu watak gadis cantik itu mengetengahkan bahan asli seperti aloe vera, ekstrak teh hijau, bunga kamomil, bearberry dan kolagen salmon untuk memberikan kesegaran yang luar biasa kepada penggunanya.

“Menerusi sambutan menggalakkan sejak pelancarannya dua bulan lalu, kami lihat trend jualan sangat baik serta mendapat respons positif.

“Dalam tempoh sama, kami memasarkan hampir 90 peratus jualan melalui dalam talian dan merekodkan jualan sehingga 500 unit produk Perfect Serum serta Rawatan Pencuci,” katanya sambil menambah, maklumat lanjut boleh layari Facebook (B’dazzle Cinderella) dan Instagram (bdazzle_cinderella).

Setakat ini, Bdazzle Beauty mempunyai 19 ejen jualan dan lima stokis di sekitar Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Kelantan.

Nordiana berkata, pihaknya turut merancang melancarkan aplikasi mudah alih Bdazzle yang boleh dimuat turun bagi memudahkan pelanggan membuat pembelian terus serta mencari ejen berdekatan.

Selain itu, katanya, selain produk penjagaan wajah, Bdazzle Beauty juga menyediakan perkhidmatan bimbingan dalam memasarkan produk kepada ejen dan stokis dalam mencapai sasaran jualan yang dijangkakan.

“Kami komited menggalakkan suri rumah dan pelajar universiti yang berhasrat mencari pendapatan sampingan melalui jualan dalam talian bersama Bdazzle.

“Harapan kami mahu menjadikan jenama produk ini setanding jenama antarabangsa selain membantu mereka yang bermasalah kulit wajah untuk menikmati kulit sihat dan cantik,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Oktober 2016 @ 7:44 AM