NOORIANTI menunjukkan produk Cintahati.
NOORIANTI menunjukkan produk Cintahati.
Nabil Basaruddin


Kuala Lumpur: Kasihnya Karl Health & Beauty, pengeluar produk makanan tambahan yakin untuk menjual 3,000 hingga 5,000 kotak produk Cintahati setiap bulan bersandarkan kepada permintaan yang semakin meningkat.

Pengasasnya, Noorianti Zainol Abidin berkata, bagi setiap kotak ada 20 sachet kecil yang dijual pada harga RM129 itu sentiasa mendapat perhatian ramai pengguna memandangkan ia lebih mudah dan praktikal untuk dibawa ke mana-mana.

Beliau berkata, meskipun baru memasuki pasaran sejak tahun lalu, perniagaan produk Cintahati mula mendapat sambutan memberangsangkan khususnya di kawasan sekitar Lembah Klang.

“Sebagai permulaan, kami mempunyai kira-kira 20 hingga 30 ejen bagi membantu penjualan produk ini dan jumlah ini dijangka berkembang sekitar 100 hingga 200 ejen di seluruh negara pada hujung tahun ini.

“Malah, dalam merancakkan lagi jualan serta memenuhi permintaan pelanggan, kami berharap dapat mewujudkan stokis di setiap lokasi tumpuan utama di setiap negeri pada tahun ini,” katanya kepada Bisnes Metro, di sini.

Produk Cintahati yang dirumus khas menggunakan bahan berkualiti tinggi seperti kurma, madu, delima, halia, bawang putih, habbatusauda dan cuka epal memberikan kelebihan khususnya membantu mengurangkan kadar kolesterol.

Noorianti berkata, pihaknya turut membuka peluang kepada golongan ibu tunggal dan suri rumah untuk menjadi ejen produk Cintahati kerana ia platform yang tepat berikutan tidak membabitkan modal yang tinggi.

“Sebagai usahawan yang bermula dari bawah, saya berharap dengan peluang yang diberikan kepada golongan suri rumah ini, ia dapat membantu golongan ini menjadi usahawan berjaya pada masa depan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, buat masa ini pihaknya akan menumpukan seluruh perhatian kepada pasaran domestik dan akan menembusi pasaran negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei pada suku kedua 2018.

Katanya, mereka yang berminat mendapatkan produk Cintahati boleh terus melayari laman sosialnya di Facebook iaitu Cintahati by kasihnyakarl atau e-mel ke kasihnyakarl@
gmail.com.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Julai 2017 @ 3:36 AM